Senin, 17 September 2012

ELECTRIC RICE COOKER


Kaedah memasak nasi secara tradisional memerlukan perhatian bagi memastikan nasi dimasak dengan sempurna. Periuk nasi elektrik memudahkan kerja menanak nasi dengan mengawal suhu dan masa memasak secara automatik.
Ringkasnya, sebuah periuk nasi elektrik terdiri daripada periuk yang boleh ditanggalkan dan elemen pemanas yang dikawal secara elektrik serta dipakejkan. Biasanya, periuk nasi elektrik hanya mempunyai satu suis sahaja bagi menghidupkan pemanas, tetapi model yang lebih canggih turut menyertakan kawalan elektronik.
Apabila suis penghidup ditekan, elemen pemanas akan memanaskan periuk nasi dengan sepenuh kuasa. Suhu di dalam periuk nasi tidak akan melebihi 100°C; sebarang haba berlebihan pada periuk nasi hanya akan menyebabkan air terus mendidih. Sebaik sahaja nasi mulai kering, barulah suhu pemanas akan mula naik melebihi 100°C, menyebabkan termostat memutuskan litar elemen pemanas dari mod "memasak" ke mod "pemanas" dengan suhu tidak kurang daripada 65°C.

GAMBAR² ELECTRIC RICE COOKER









Tidak ada komentar:

Posting Komentar